Tuesday 11 July 2017

Bila baran menguasai diri.

12 Comment(s) so far



Bila baran menguasai diri,
Semua benda serba tak kena,
Semua kesalahan bukan salah dirinya,
Bukan mahu menjernihkan keadaan,
Jari dituding ke insan lain,
Walaupun diri sendiri membuat kesilapan,
Masalah kecil dibesarkan,
Kemudian, berang bila orang menegur kesalahan,
Tak sedar diri itu merupakan pendosa dan tak sempurna.

Bila baran menguasai diri,
cepat sentap cepat melatah,
Katanya hanya dirinya dipersalah,
Tidak mahu mengaku kalah.

Sikap panas baran.


Orang yang panas baran sangat mudah marah dan sentiasa naik angin sekiranya tidak berpuas hati. Walaupun perasaan marah adalah emosi normal dan perlu ada dalam diri setiap orang namun, sekiranya terlalu kerap marah, hati dan perasaan kita akan terganggu, jiwa pun tak tenang. Kemarahan yang tidak dikawal akan membawa kesan negatif kepada perhubungan dan kesihatan kita. Katanya, perasaan marah tu sekejap sahaja. Selebihnya ego.

Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak berasa gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri, tidak dapat menggembirakan orang lain. Sikap panas baran mestilah kita jauhi bagi memastikan setiap masalah yang kita hadapi dapat ditangani secara rasional dan membolehkan kita hidup dalam keadaan yang tenang.

Dalam kehidupan seharian kita, pasti kita akan terjumpa orang-orang yang bersikap panas baran malah mungkin kita tak sedar bahawa diri kita sendiri mempunyai masalah panas baran. Oleh itu kita perlu sabar dan tenang bila berhadapan dengan orang yang bersikap panas baran. Makin kita melawan makinlah dia melenting. Ibarat kita mencurah minyak tanah ke dalam api.

Sejujurnya, saya merupakan seorang yang agak panas baran. Cepat marah dan egoistik. Post ini bukan bertujuan untuk mengaibkan diri sendiri. Artikel ni ditaip bagi mengingatkan diri sendiri dan anda semua agar dapat mengambil serius isu ini dan berusaha berubah ke arah yang lebih baik.

Ada banyak jenis manusia, ada yang jenis memendam bila tak puas hati dengan kita, ada yang suka mengumpat kat belakang dan bercerita pasal kita bila mereka tak puas hati kepada orang lain, dan ada yang jenis cakap terus kepada kita bila ada tak puas hati.

Jenis yang memendam dan cepat melupakan perasaan sakit hati ni bagus. Tapi ada yang jenis memendam dan simpan dalam hati sampai masa tahap kesabaran mereka diuji, habis segala permasalahan diluahkan. Boleh mencetuskan pergaduhan yang besar. Kalau tak puas hati memang elok kita luahkan. Kalau jenis yang sabar mungkin lebih memilih untuk memendam.
Tapi, kadang mungkin orang tak sedar apa yang dia buat tu salah, sebabtu kena ditegur. Teguran pun kena berhemah. Lagi-lagi bila nak menegur orang yang bersikap panas baran ni. Memang kena banyak bertoleransi dan tolak ansur.

Menghadapi orang yang panas baran.


Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran, jangan cepat berasa marah. Tetapi kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya. Kata pepatah, "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang yang jahat menjadi 'kertas kerja' untuk orang yang baik' Jadi, jika orang disekeliling kita adalah seorang yang panas baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit yang perlu dirawat. Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya. Bagi mengetahui diagnosis pula, kita perlu tahu penyebabnya. Mohonlah bantuan dari Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah, sekaligus memberikan ketenangan yang menguatkan mental. Jika kita suka apa yang berlaku di dunia luaran, maka kita perlu mencermin dunia dalaman kita iaitu:

1. Perbetulkan diri sendiri dahulu
2. Berasa belas kasihan kepada orang lain
3. Cuba berkomunikasi dengan baik

Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegurlah secara bijaksana. - Prof Dr. Muhaya, Bahagia & Membahagiakan keluaran As Sohwah Publication.(Sumber)


Maafkan diri ini andai cepat goyah bila digoncang. Sungguh diri ini tak sempurna. Masih terkial-kial untuk berubah. Tegurlah diriku secara terus jika aku silap. Jangan jaja keburukanku.

Biasanya bila kita gagal mengawal emosi. Kita akan rasa menyesal dengan tindakan yang kita lakukan sewaktu emosi tak terkawal. Sebaliknya, bila kita berjaya mengawal emosi marah, kita akan cepat melupakan masalah dan akan cepat tenang.

Oleh itu, jom sama-sama perbaiki diri dan buang sikap panas baran. Kita cool je bila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia okeh. ;-)

Thursday 29 June 2017

Food Study aka Pengajian Makanan.

20 Comment(s) so far

Assalamualaikum dan hai semua! okay kalini post dalam BM sebab saya nak cerita pasal pengalaman dan sedikit pengetahuan. Pernah dengar tak nama kos pengajian makanan? kos ni tak sama dengan kos makanan yang biasa kita dengar macam kos teknologi makanan dan perkhidmatan makanan. Bila saya bagitau orang lain pasal kos Pengajian makanan yang saya ambil di UPM, orang akan pelik dan tak tahu apa skop kos ni macam apa yang kami belajar, subjek apa yang kami ambil dan berkaitan peluang pekerjaan. Jadi, post ini ditaip khas bagi menjawab segala persoalan anda berkaitan kos ini dan bagi membolehkan adik-adik yang nak mohon UPU atau telah ditawarkan kursus ini untuk menyelidik dahulu berkaitan kos yang akan anda ambil terutamaya bagi yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda aka Degree.

Kos Pengajian Makanan / Food Study Course di UPM.


Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
Kod dan Nama Program   : PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
Tempoh Pengajian            : 8 Semester

Maklumat Ringkas Program


Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) merupakan kurikulum komprehensif yang bakal menghasilkan graduan terlatih dan profesional dalam bidang pemprosesan, pengeluaran makanan, pengurusan dan pemasaran. Program ini juga memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan makanan.

Di akhir pengajian ini, pelajar dapat menguasai ilmu dan kemahiran teknikal yang mencukupi dalam bidang yang berkaitan, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan cekap dan bekerja dalam pasukan, mempunyai akauntabiliti sosial serta mempunyai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika untuk industri pembuatan makanan.

Sumber : Site fakulti

Kos Pengajian Makanan berada di bawah Fakulti Sains Dan teknologi Makanan, UPM. Ada 3 kos di bawah fakulti ini iaitu kos Pengajian Makanan, kos Teknologi Makanan dan kos Perkhidmatan Makanan.
Waktu sesi saya iaitu kemasukan tahun 2016/2017 ada lebih kurang 40 orang yang mengambil kos ini bersama saya. Hanya ada 2 orang lelaki dan selebihnya perempuan. Majoritinya berbangsa Melayu dan ada jugak yang berbangsa Cina, India dan Iban.
Kos ni tak dapat sambutan sangat, orang lebih ramai ambil kos Teknologi Makanan dan Perkhidmatan Makanan.
Tempoh pengajian bagi kos ini selama 4 tahun, 8 semester.

Apa yang kami pelajari dalam kos ini?


Bila dengar nama kos pengajian makanan, orang akan ingat kos ini untuk belajar memasak even saya pon pikir macam tu tapi hakikatnya, tidak sama sekali, silibus kami tak ada belajar masak pon. Kalau ada pun, cuma masak dalam lab untuk tujuan eksperimen. Makanan lab bukan sedap pun. Huhu percayalah sebab kitorg masak untuk menguji ramuan mana yang bagus bukan untuk menghasilkan rasa yang sedap.

Berikut merupakan subjek wajib untuk kami ambil : Jumlah kredit bagi kursus wajib ambil adalah 74.

Subjek Universiti :


Subjek teras :


Untuk kos ini, kami boleh pilih subjek elektif. Ada dua cabang elektif iaitu Pengurusan (Management) dan Pemasaran (Marketing). Boleh pilih satu cabang je.

Subjek Elektif : Ni semua subjek campuran bagi dua cabang tu. Tak semua kursus kena ambil, kena pilih. Minimum kena ambil 32 kredit bagi kursus elektif.



Berdasarkan kursus-kursus yang kami perlu ambil, nampaklah bertapa luasnya cabang kos ini. Bukan belajar bab makanan sahaja, bab ekonomi, akaun, kimia, biologi, fizik pun ada. Tapi hanya belajar asas-asasnya jela.

Cabang pekerjaan bagi kos Pengajian Makanan.


Disebabkan bidang bagi kos ini meluas, kita boleh je nak masuk mana-mana bidang pekerjaan. Inn syaa Allah kalau ada rezeki. Rezeki ada di mana-mana.Nanti waktu sem akhir akan ada Latihan Industri jadi, bolehlah cuba nasib kat mana-mana tempat. Dah nama pun kos makanan, mungkin peluang nak masuk industri makanan lagi besar.

Peluang Kerjaya


Program ini telah berjaya menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pasaran kerja. Sejak program ini ditawarkan, para graduan telah berjaya mendapat pekerjaan di sektor swasta seperti syarikat pengeluaran makanan dan sektor awam seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Asas Tani dan lain-lain.

Syarat-Syarat Kemasukan:


Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil kos ini, berikut merupakan syarat yang diambil kira dalam proses pemilihan. Syarat ni dilaraskan berdasarkan jumlah pemohon jugak rasanya. Kalau tak ramai yang mohon, senang lah nak dapat, sebab saingan tak ramai.

Syarat Am Universiti


Calon Sijil Tinggi Pelajar Malaysia (STPM)/Setaraf dengan Baik
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;
Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di
peringkat SPM/setaraf;
Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:gred C
(NGMP 2.00) dalam matapelajaran Pengajian Am; dan gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran lain; dan
Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

Calon Kelayakan Setaraf


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setara dengan baik;
Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di
peringkat SPM / setara;
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan
diluluskan oleh Senat Universiti; dan
Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

Kelayakan Minimum Calon Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains Pertanian UPM/ Tahun Asas UTM


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setara dengan baik;
Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di
peringkat SPM / setara;
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains Pertanian
UPM/Tahun Asas UTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00; dan
Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
Syarat Khas Program
Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) salah satu (1) mata pelajaran berikut :
           - Kimia
           - Biologi
Lulus dengan kepujian dalam satu (1) mata pelajaran Sains pada peringkat SPM

Kelayakan Lain Sebagai STPM


Calon yang mengemukakan kelayakan berikut atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh Senat sebagai ganti STPM boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi mengikuti
program ijazah: Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi lain yang diiktiraf kerajaan.

Sumber : Site fakulti


Susah ke kos Pengajian makanan ?


Saya baru belajar untuk sem 1 dan sem 2.

Semester 1

Waktu sem 1, saya kena ambil subjek Kimia organik, Perakaunan pengenalan, Prinsip pengurusan, Industri makanan, CEL, dan kokorikulum. Total 15 kredit.

Time sem 1 ni bagi saya agak mencabar sebab kena amik akaun. Pertama kali amik akaun. Memang tak ada basic langsung. Tapi, subjek akaun ni kalau banyak buat latihan soalan-soalan lepas okay je bolela jawab final dengan mudah. Sebab akaun banyak amik markah dari final je. Carry mark tak bagi pengaruh sangat. Bagi yang dah pernah amik akaun time matrik, diploma, mungkin senang kot nak faham.
Lepastu, time sem 1 ni kimia organik pun susah jugak nak skor.
Kursus untuk sem 1 ni bidang luas. Jadi, nak kena mahir bidang sains dan akaun. Alhamdulillah, result sem 1 okay je. Tak ada kena repeat. huhuk


Semester 2

Waktu sem 2, saya kena ambil subjek Ekonomi, Kimia dan fungsi ramuan makanan, Kenegaraan, Hubungan Etnik,  BBI dan kokorikulum. Total 17 kredit.

Sem 2 kursusnya takdela mencabar sangat. Semuanya teori, kalau baca dapatlah jawab soalan final. Tapi tula, disebabkan banyak teori, banyaklah nak kena hafal. Tapi, takde pon terms yang susah sangat.
Untuk sem 2, bagi saya yang paling susah yang subjek kimia tu, Sebab katanya final semua 13 tajuk masuk. Tapi, hakikatnya tak pun. Subjek ni best sebenarnya bergantung kepada macammana pensyarah ajar untuk engage kat kelas.
Overall, sem 2 better dari sem 1. Pasal result tak tau lagi sebab belum keluar.

Itu sahaja lah rasanya penerangan berkaitan kos yang sedang saya ambil sekarang bagi Ijazah Sarjana Muda di UPM. Kalau ada nak tanya apa-apa pasal kos ni, drop your comments here okay. Jumpa lagi pada post yang akan datang.

Akhir kata, tak kesahlah amik kos apa-apapun. Asalkan kita belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Jika kamu tidak tahan peritnya belajar, rasailah peritnya kebodohan.

P/S : Saya ada edit blog ni sikit2. Part header, footer dan background.. What do u guys think? ;D